Seorang bekas juruterbang helikopter, Chris Malloy telah berjaya mencipta sebuah motosikal terbang yang pertama di dunia di dalam garaj miliknya. Chris Malloy yang berumur 32 tahun berjaya mencipta motosikalseberat 270 kilogram itu dengan menggunakan bingkai udara carbon-fiber dan sebuah enjin kereta BMW.
Chris Malloy enggan mendedahkan jumlah kos sebenar untuk menghasilkan motosikal itu tetapi dia menyatakan dia membelanja besar iaitu sebanyak AS$223.51 (RM681.03) seminggu.
Chris Malloy berkata lagi, prinsip asas motosikal terbang itu ialah dia bergerak sama seperti sebuah helikopter Chinook dan sebuah motosikal biasa. Setakat ini, tali diikat pada motosikal terbang itu dibuat semasa ujian dilakukan bagi mengelak ia terbang terlalu tinggi dan boleh membahayakan keselamatan kerana masih dalam prototype. – Agensi
P/S : Memang satu rekaan yang harus diberikan pujian..mungkin ni cara untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas satu masa nanti..
Tiada ulasan