COOL: Menakjubkan! Keretapi Laju Mekah Madinah Bakal Siap 2014


Menakjubkan! Keretapi Laju Mekah Madinah Bakal Siap 2014 (8 Foto) | Jika kita imbas kembali dahulu, betapa sukarnya untukmengerjakan ibadah haji terutamanya kerana terpaksa bersesak dengan jutaan manusia. Namun kesukaran itu jugalah, semua jemaah berjaya melaksanakan perintah Allah. Kini sejajar dengan dunia zaman modensebuah keretapi laju telah berjaya dibangunkan dan kini memasuki fasa akhir sebelum diumumkan siap pada 2014 ini. Jadi ia satu kelebihan kerana boleh berkunjung ke madinah dengan mengambil masa yang singkat. Boleh lihat gambar di bawah ini.
keretapi1
Projek keretapi halaju tinggi Al Haramain ialah projek yang kini dalam pembinaan di Arab Saudi. Ia adalah projek sepanjang 450 kilometer yang menyambungkan Kota Suci Mekah dan Madinah. Tujuan dibina bagi memudahkan umat Islam bergerak ketika mengerjakan ibadah haji dan umrah.
Selain berhenti di Mekah dan Madinah, kereta halaju tinggi ini akan berhenti di Jeddah dan juga Rabigh. Kos pembinaan dianggarkan mencecah USD 10.7 billion (RM 33.4 Billion). Sebanyak 46 buah gerabak keretapi Talgo 350 keluaran Sepanyol bakal digunakan dan ianya akan beroperasi pada kelajaun 360 kilometer sejam.
Dijangkakan tiga juta penumpang akan menaiki sistem keretapi Al Haramain setiap tahun. Dijangkakan bila siap nanti, perjalanan dari Jeddah ke Mekah hanya akan mengambil masa kurang dari setengah jam manakala perjalanan dari Jeddah ke Madinah hanya akan mengambil masa dua jam.
keretapi4
keretapi2
keretapi3

Tiada ulasan

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
google-site-verification: googlec4265c62fcbefbca.html