cool: [Software] PC Tools Privacy Guardian

Salam...

Jauh merantau penat berjalan. Singgah sebentar di warung Pak Leman. Membeli sedikit minuman dan makanan. Sebagai bekalan sebelum menyambung perjalanan. Supaya nanti tidak kehausan dan kelaparan. Cis! Intro rembat je...Tak eh! Ini cerita tentang perjalanan. Tentang jejak-jejak aktiviti yang telah anda tinggalkan tanpa sedar.

Tahukah anda setiap jejak yang anda tinggalkan di alam maya ini boleh diintip dan dikesan dengan petik jari kelingking sahaja. Walaupun anda berselindung dan menyamar dengan IP dari Zuhal sekalipun, ia bukanlah jaminan konkrit. Selagi pelayar anda masih terdedah sebagai pengumpul dan penyimpan data. Kerana itulah anda amat digalakkan mengubah tetapan pelayar anda kepada Privacy > Never Remember History.

Adakah membuat tetapan pada pelayar sudah memadai? Phu! Nehi! Tidak! Itu cumalah protokol sahaja dan bukan bertindak sebagai pembersih. Anda masih perlukan si bibik sebagai pembersih kepada semua jejak aktiviti yang telah anda tinggalkan. Lazimnya perisian Windows Optimizer [ pr67am™ ] memang telah tersedia dengan fungsi tersebut. Tetapi sekiranya anda jenis manusia paling cerewet dan amat cermat dengan privasi, di sini saya kongsikan satu perisian yang lebih efisyen dan lengkap dalam melakukan tugasan membersihkan jejak dan aktiviti anda.



PC Tools Privacy Guardian sebuah perisian yang memiliki antaramuka yang mudah untuk dikendalikan. Ia bekerja dan bertindak memadam semua jejak dan rekod aktiviti anda di internet, yang tersimpan dalam pelayar termasuk yang tersembunyi dalam fail-fail komputer anda. Jom kita rungkai fungsi persatu dengan ringkas.

. Membersihkan segala kesan aktiviti internet dan komputer anda termasuk cache, cookies, index.dat, dan sejarah.
. Memadamkan kandungan Recycle Bin, fail sementara dan sejarah dokumen
. Membersihkan ruang yang tinggal selepas sesuatu fail dipadam, satu kaedah cakera keras menjadi sihat dan segar sentiasa.
. Sesuai untuk pelayar Internet Explorer, Opera, Netscape dan Mozilla Firefox.
. Terbuka kepada semua kerabat Windows.

PC Tools Privacy Guardian boleh dikendalikan secara manual atau automatik. Terserah kepada tetapan pilihan anda sendiri. Pada harga USD26.93 untuk satu lesen, kali ini anda boleh mendapatkannya secara percuma. Ya! Percuma aje...Tawaran ini bersifat global jadi pengecop pasport antarabangsa tidak diperlukan. Kerabat yang berminat dengan perisian ini sila rujuk . Hanya masukkan nama dan email anda. Dalam beberapa saat sahaja anda akan mendapat balasan berserta nombor siri dan pautan untuk anda memuat turun perisian.

Cukup sampai disini. Semoga ini menjadi justifikasi bernilai kepada diri anda sendiri. Pecah kaca pecah gelas, habis cerita nak masuk kelas...zzz...

Sekian.


Tiada ulasan

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
google-site-verification: googlec4265c62fcbefbca.html